.
Get this tabber widget
Buku Log
Popular (katanya)
Label
- buku log ( 13 )
- fakta ( 1 )
- hari puteri ( 1 )
- kawad ( 1 )
- perkhemahan ( 1 )
- ppim ( 15 )
- senarai jawatankuasa ( 3 )
- sijil ( 1 )
Post-post kami
Showing posts with label ppim. Show all posts
Sekadar mahu membuang sawang di blog ini.
Perkhemahan PPIM 2011 Peringkat Sekolah
Penglibatan
![]() |
| Aktiviti bermain bowling padang. |
![]() |
| Penerangan tentang pertolongan kecemasan oleh PBSM. |
![]() |
| Aktiviti menggubah bunga menggunakan tisu. |
![]() |
| Guru penasihat PPIM bersama Ketua Puteri tahun 2011 |
![]() |
| Hasil gubahan oleh setiap kumpulan. |
![]() |
| Peserta terbaik. |
![]() |
Posted in perkhemahan , ppim
Uniform Puteri
Tudung
-Jenis kain lembut
-Bentuk 3 segi/lembut
-5 inci labuh di bawah pusat
Baju Kurung Putih
-Berpesak
-Labuh satu inci bawah lutut
-Labuh tangan sama panjang dengan buku pergelangan tangan
Kain Sarung
-3.4 susunan 3 inci lebar
-1 inci labuh di bawah buku lali
Sarung Kaki Putih
Kasut Sekolah Putih
Lagu Puteri
Tetap taat kepada Allah dan Raja
Berkorban untuk agama dan negara
Dunia akhirat mendapat bahagia
Berusaha mencari pengetahuan
Berbakti membuat kebajikan
Belajar mencapai kemajuan
Bersemangat penuh keimanan.
Tetap taat kepada Allah dan Raja
Berkorban untuk agama dan negara
Dunia akhirat mendapat bahagia
Cogan Kata dan Ikrar Puteri
Bendera
a) Setiap upacara rasmi
b) Tatacara perjumpaan
Kedudukan Bendera dalam Tatacara perjumpaan:
Kiri: Bendera Negeri
Tengah: Bendera Malaysia
Kanan: Bendera PPIM
Logo dan Pengertian
- Logo PPIM dibentuk dengan suatu lingkungan bulat berwarna hijau diapit dengan lingkungan berwarna kuning dan di dalam lingkungan hijau itu bertulis ''PERGERAKAN PUTERI ISLAM MALAYSIA''
- Di tengah logo tersebut terdapat satu bulatan PUTIH dan di dalamnya ditulis dengan huruf jawi (Permulaan daripada perkataan “PERGERAKAN PUTERI ISLAM."( Pa Pa Alif)
- Di bawah logo ini tertulis perkataan:
- “PUTERI"-Bagi Ahli-Ahli Puteri
- “PEMIMPIN PUTERI" -Bagi Pemimpin-Pemimpin
- Merah Samar : Melambangkan keharmonian dan kelembutan
- Hijau : Agama Taqwa sebagai TERAS
- Putih : Kesucian
- Kuning : Kesetiaan dan ketaatan
Piagam PPIM
- Mestilah seorang yang beramal soleh selari dengan tuntutan Al-Quran dan Al-Sunnah.
- Menjadikan akhlak terpuji sebagai budaya hidup.
- Menjadi model qudwah hasanah dalam komuniti sosial remaja.
- Sensitif dan prihatin dengan insan yang kurang bernasib baik.
- Sentiasa berdaya saing dan berdaya maju dalam mendukung aspirasi negara.
Falsafah
Latar Belakang PPIM
Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM) adalah sebuah pergerakan berpakaian seragam yang bergerak secara sukarela di sekolah-sekolah rendah, menengah, institut dan Maktab Perguruan serta Institusi Pengajian Tinggi di seluruh Malaysia.
Aktiviti PPIM dijalankan bertujuan untuk membimbing puteri-puteri ke arah penyuburan dan pengembangan potensi-potensi diri secara menyeluruh dan bersepadu dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Allah S.W.T.
Matlamat
- Mengimbangkan antara perkembangan intelektual, sosial, fizikal dan spiritual puteri-puteri melalui penyemaian, penyuburan dan pengukuhan nilai-nilai pendidikan.
- Mengukuhkan perhubungan dan pertalian silaturrahim di kalangan puteri- puteri.
- Meningkatkan minat dan bakat puteri-puteri di dalam pelbagai bidang gerakerja kokurikulum sekolah, institut, maktab, kolej dan universiti.
- Meningkatkan disiplin diri puteri-puteri.
- Menggalakkan iklim persekolahan yang terbuka dan menyeronokkan.
- Meningkatkan kerjasama dan sumbangan dua hala antara sekolah dengan ibubapa dan masyarakat, khasnya masyarakat setempat.
Objektif
Objektif Pergerakan Puteri Islam Malaysia di peringkat sekolah rendah dan menengah disusun dengan tujuan seperti berikut:-
1.1 Melahirkan satu masyarakat muda yang
- Taat kepada Allah, Raja dan Negara
- Berilmu
- Berakhlak mulia
- Berbakti kepada masyarakat
1.2 Membimbing gadis-gadis dalam segi akhlak, rohani dan jasmani supaya menjadi insan kamilah, berilmu, mengajar dan memperkenalkan Islam supaya kelak hidup mereka berasaskan jalan yang diterima Allah S.W.T. dan dapat berbakti untuk Agama, Nusa dan Bangsa.
1.3 Membentuk sebuah kumpulan yang beridentiti sendiri, progresif dan di terima masyarakat.
1.4 Mengukuhkan persaudaraan antara generasi muda dan menghormati generasi tua.
Visi dan Misi
VISI PPIM
Melahirkan generasi masyarakat yang mempunyai ciri-ciri berikut:
- Beriman dan berakhlak murni berdasarkan prinsip-prinsip Islam.
- Mempunyai kesihatan diri dan mampu membangunkan diri secara bersepadu iaitu dari
segi spiritual, intelektual, emosi, sosial dan fizikal.
- Mempunyai rasa kasih dan hubungan silaturahim sesama puteri dan terhadap diri, keluarga, masyarakat dan negara.
- Memperlihatkan kepada puteri kebenaran Al-Quran dan hadith di dalam konteks alam dan kehidupan yang nyata melalui program-program yang dijalankan.
- Memberikan pendidikan dan latihan tidak formal kepada masyarakat khususnya puteri melalui aktiviti-aktiviti yang mencabar dan menarik.
- Melengkapkan puteri dan masyarakat dengan pengetahuan dan kemahiran supaya dapat menyumbang secara positif kepada diri, keluarga dan masyarakat.

















