.

.

Get this tabber widget

Perkhemahan PPIM 2011 Peringkat Sekolah

Objektif


2.1 Mengeratkan persaudaraan sesama ahli Puteri Islam.
2.2 Menambah pengetahuan tentang Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM)
2.3 Mencungkil kreativiti dan bakat kepimpinan ahli-ahli Puteri Islam
2.4 Membimbing-ahli-ahli Puteri Islam menghayati dan mengamalkan rukun-rukun  beragama dan      bermoral.
2.5 Memastikan setiap ahli Puteri Islam bergiat dengan aktif dalam persatuan
2.6 Membina ketrampilan ahli-ahli Puteri Islam 


Penglibatan

60 orang ahli Puteri Islam Sekolah Menengah Kebangsaan King George V dari tingkatan 1 hingga tingkatan 5 




Aktiviti bermain bowling padang.





Penerangan tentang pertolongan kecemasan oleh PBSM.

Aktiviti menggubah bunga menggunakan tisu.

Guru penasihat PPIM bersama Ketua Puteri tahun 2011



Hasil gubahan oleh setiap kumpulan.

Peserta terbaik.


Lagu Puteri


Puteri lembaga islam riang gembira
Tetap taat kepada Allah dan Raja
Berkorban untuk agama dan negara
Dunia akhirat mendapat bahagia


Berusaha mencari pengetahuan
Berbakti membuat kebajikan
Belajar mencapai kemajuan
Bersemangat penuh keimanan.


Puteri lembaga islam riang gembira
Tetap taat kepada Allah dan Raja
Berkorban untuk agama dan negara
Dunia akhirat mendapat bahagia

Cogan Kata dan Ikrar Puteri

Cogan Kata

BERILMU, BERIMAN, BERAMAL



Ikrar Puteri

Bahawa kami, ahli-ahli PPIM, berikrar akan:

· Taat kepada Allah , Rasul, Pemerintah, Guru dan Ibu bapa
· Memperkukuhkan iman dan memperbaiki akhlak
· Membangunkan diri dengan sempurna
· Mengukuhkan silaturahim sesama puteri
· Berkhidmat untuk keluarga, masyarakat dan negara

Bendera



Bendera PPIM berbentuk segiempat, berwarna merah jambu, dan ditengah-tengah terdapat lencana pergerakan. Ukuran lencana adalah sepertiga daripada ukuran bendera.


Penggunaan bendera:
a) Setiap upacara rasmi
b) Tatacara perjumpaan


Kedudukan Bendera dalam Tatacara perjumpaan:



Kiri: Bendera Negeri 

Tengah: Bendera Malaysia 
Kanan: Bendera PPIM


Logo dan Pengertian


Pengertian Logo

  • Logo PPIM dibentuk dengan suatu lingkungan bulat berwarna hijau diapit dengan lingkungan berwarna kuning dan di dalam lingkungan hijau itu bertulis ''PERGERAKAN PUTERI ISLAM MALAYSIA''
  • Di tengah logo tersebut terdapat satu bulatan PUTIH dan di dalamnya ditulis dengan huruf jawi (Permulaan daripada perkataan “PERGERAKAN PUTERI ISLAM."( Pa Pa Alif)
  • Di bawah logo ini tertulis perkataan:
  1. “PUTERI"-Bagi Ahli-Ahli Puteri
  2. “PEMIMPIN PUTERI" -Bagi Pemimpin-Pemimpin
Pengertian Warna

    • Merah Samar : Melambangkan keharmonian dan kelembutan
    • Hijau : Agama Taqwa sebagai TERAS
    • Putih : Kesucian
    • Kuning : Kesetiaan dan ketaatan

Piagam PPIM

  • Mestilah seorang yang beramal soleh selari dengan tuntutan Al-Quran dan Al-Sunnah.
  • Menjadikan akhlak terpuji sebagai budaya hidup.
  • Menjadi model qudwah hasanah dalam komuniti sosial remaja.
  • Sensitif dan prihatin dengan insan yang kurang bernasib baik.
  • Sentiasa berdaya saing dan berdaya maju dalam mendukung aspirasi negara.

Falsafah

PPIM adalah sebuah pergerakan berpakaian seragam yang bergerak pada peringkat Kebangsaan, Negeri, dan Daerah di Institut Pengajian Tinggi, Maktab-maktab perguruan dan sekolah-sekolah menengah dan rendah. Aktivitinya yang dijalankan sebagai Ko-Kurikulum secara formal dan tidak formal adalah bertujuan membimbing puteri-puteri ke arah penyuburan dan pengembangan potensi-potensi diri secara menyeluruh dan bersepadu demi mewujudkan insan PUTERI yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada ALLAH S.W.T. Usaha ini adalah bertujuan untuk menterjemahkan ke dalam diri PUTERI ciri-ciri rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berupaya mencapai kesejahteraan diri serta mampu dan bersedia memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran bangsa, masyarakat dan Negara selaras dengan ajaran Islam.


Latar Belakang PPIM


Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM) adalah sebuah pergerakan berpakaian seragam yang bergerak secara sukarela di sekolah-sekolah rendah, menengah, institut dan Maktab Perguruan serta Institusi Pengajian Tinggi di seluruh Malaysia.

Aktiviti PPIM dijalankan bertujuan untuk membimbing puteri-puteri ke arah penyuburan dan pengembangan potensi-potensi diri secara menyeluruh dan bersepadu dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Allah S.W.T.

Matlamat


  • Mengimbangkan antara perkembangan intelektual, sosial, fizikal dan spiritual puteri-puteri melalui penyemaian, penyuburan dan pengukuhan nilai-nilai pendidikan.

  • Mengukuhkan perhubungan dan pertalian silaturrahim di kalangan puteri- puteri.

  • Meningkatkan minat dan bakat puteri-puteri di dalam pelbagai bidang gerakerja kokurikulum sekolah, institut, maktab, kolej dan universiti.

  • Meningkatkan disiplin diri puteri-puteri.

  • Menggalakkan iklim persekolahan yang terbuka dan menyeronokkan.

  • Meningkatkan kerjasama dan sumbangan dua hala antara sekolah dengan ibubapa dan masyarakat, khasnya masyarakat setempat.

Objektif


Objektif Pergerakan Puteri Islam Malaysia di peringkat sekolah rendah dan menengah disusun dengan tujuan seperti berikut:-

1.1  Melahirkan satu masyarakat muda yang

  •       Taat kepada Allah, Raja dan Negara
  •       Berilmu
  •       Berakhlak mulia
  •       Berbakti kepada masyarakat

1.2  Membimbing gadis-gadis dalam segi akhlak, rohani dan jasmani supaya menjadi insan kamilah,   berilmu, mengajar dan memperkenalkan Islam supaya kelak hidup mereka berasaskan jalan  yang diterima Allah S.W.T. dan dapat berbakti untuk Agama, Nusa dan Bangsa.

1.3  Membentuk sebuah kumpulan yang beridentiti sendiri, progresif dan di terima masyarakat.

1.4  Mengukuhkan persaudaraan antara generasi muda dan menghormati generasi tua.

Visi dan Misi

VISI PPIM

Melahirkan generasi masyarakat yang mempunyai ciri-ciri berikut:



  • Beriman dan berakhlak murni berdasarkan prinsip-prinsip Islam.



  • Mempunyai kesihatan diri dan mampu membangunkan diri secara bersepadu iaitu dari
    segi spiritual, intelektual, emosi, sosial dan fizikal.



  • Mempunyai rasa kasih dan hubungan silaturahim sesama puteri dan terhadap diri, keluarga, masyarakat dan negara.   



MISI PPIM


  • Memperlihatkan kepada puteri kebenaran Al-Quran dan hadith di dalam konteks alam dan kehidupan yang nyata melalui program-program yang dijalankan.



  • Memberikan pendidikan dan latihan tidak formal kepada masyarakat khususnya puteri melalui aktiviti-aktiviti yang mencabar dan menarik.

  • Melengkapkan puteri dan masyarakat dengan pengetahuan dan kemahiran supaya dapat menyumbang secara positif kepada diri, keluarga dan masyarakat.

Kawad kaki NGO Daerah Seremban

Lokasi: SMK Bukit Mewah
Tahun: 2009
Pencapaian: Tempat ketiga

*Klik untuk tumbesaran gambar*


Senarai AJK sesi 2010/2011

Setelah pencalonan dan undian dijalankan, keputusan pelantikan AJK PPIM bagi sesi 2010/2011 adalah seperti berikut:



Pengerusi:            Sabihah bt Hj Nawi
Timb Pengerusi :  Nur Amalina bt Suhaimee
Setiausaha:           Nadiah Kamilah bt Abd Halim
Pen Setiausaha:    Zaleha bt Mohd Izhar
Bendahari:            Sa’diah bt Mohd Izhar
Pen. Bendahari:    Nurul Asyikin bt Azman
Pemeriksa Kira-kira :       Nik Athirah bt Abd Ghani
                                          Harizah bt Mohd Kamel

AJK:

  1. Nur Amira Safia bt Samani
  2. Siti Rasyidah bt Yahya
  3. Nur ‘Aaina Athirah bt Awaluddin
  4. Dayana Balqis bt Jamaluddin
  5. Farah Diyana bt Saffre
  6. Aimie Syahira Mohd Taufek

Senarai Jawatankuasa PPIM tahun 2010


 GURU PENASIHAT:

1. Pn. Rohani binti Hussain
2. Pn Siti Aisyah binti Mohd Noh
3. Pn Salbiah bt Abd Razak
4. Pn Rohana binti Hassan
5. Pn. Naliza binti Yaakob
6. Pn Sharifah binti Shariff
7. Cik Norzilawati binti Nordin



JAWATANKUASA MURID

1.         Pengerusi                     : Mazlina binti Mustapha                                5 Mel
2.         Timb. Pengerusi          : Saidatul Munirah bt Hassan                         5 Abk
3.         Setiausaha                   : Fatnin Nabihah bt Mustapa                          5 Isk
4.         Pen. Setiausaha           : Nadiah Kamilah bt Abd Halim                      3 Isk
5.         Bendahari                    : Fatin Nuraidil bt Zaifulbahri                          5 Isk
6.         Pen. Bendahari            : Nur Afiqah bt Nordin                                    5 Abk
7.         Pemeriksa Kira-kira     : Sa’diah bt Mohd Izhar                                  4 Muz
                                                   : Nabihah bt Hj Nawi                                      4 Mel

8.         Ahli Jawatankuasa
            8.1       Siti Aisyah bt Abd Rashid                                                      5 Alau
            8.2       Nur Amira Safia bt Samani                                                    4 Muz
            8.3       Nurul Asyikin bt Mohd Azman                                             3 Abk
            8.4       Dayana Balqis bt Jamaluddin                                                 2 Izz
            8.5       Zaleha bt Mohd Izhar                                                             2 Muz
            8.6       Aimie Syahirah Ahmad Taufek                                              1 Isk



Pelajar yang telah menerima sijil Puteri


PUTERI ISLAM KGV
PELAJAR YANG MENDAPAT SIJIL TAHUN 2010
*TIDAK TERMASUK PELAJAR LEPAS TING 5 DAN YANG BERPINDAH.

PUTERI SULUNG
1.       NUR AMIRA SAFIA SAMANI                          TING 5
2.       NUR FADHILAH MOHD SYUKUR                  TING 5

PUTERI TENGAH
1.       NUR ATIQAH BT ROSNIN                                TING 3
2.       NURUL ASYIKIN AZMAN                                TING 4
3.       NUR QURAISYAH                                               TING 5
4.       ZALEHA MOHD IZHAR                                    TING 3
5.       SA’ADIAH MOHD IZHAR                                TING 5
6.       DAYANA BALQIS                                              TING 3
7.       NUR LIYANA IZZATI MOHD NIZAM           TING 3
8.       NUR ATHRAH BT SAPARIN                            TING 3

PUTERI KECIL DAN BONGSU
1.       NUR ZAIHAN WAN CHIK                                TING 3
2.       FATYN ANNISA YADIMIN                              TING 2
3.       KHAIRUNISA ABD MALIK                              TING 2
4.       NUR AZYAN ZAKARIA                                    TING 2
5.       NUR FARAH IZZATI NURARMI                     TING 2
6.       NURUL ASMIERA KHAZALI                           TING 2
7.       NUR SABIHAH NAWI                                       TING 5