.

.

Get this tabber widget

Sekadar mahu membuang sawang di blog ini.

Assalamualaikum wbt kepada kamu yang membaca ini. Semoga kamu dirahmati kerana melawat blog ini, tak kira sama ada secara tak sengaja, bosan, atau sedang mencari bahan untuk melengkapkan buku log. Mana-mana lah kan. Tahniah diucapkan.

Dah alang-alang tu, saya sertakan lah contoh uniform PPIM. Tak pasti gambar ini diperlukan dalam buku log atau tidak. Tak apa, saya upload saja. Daripada tak ada. Btw sorry lah lambat, better late than never gitu. Sebelum tu saya berterus-terang bukan saya yang lukis gambar orang tu. Tau. Bukan taknak mengaku tapi ini hakikat. 


SILA KLIK UNTUK TUMBESARAN GAMBAR. SUPAYA JELAS KAMU MELIHATNYA.


Pengajaran yang saya mahu sampaikan untuk hari ini, jangan sesekali memandang enteng atau memperkecil kebolehan orang, walaupun kebolehannya itu sungguh remeh. Saya pun tidak berapa pasti kaitannya dengan bebelan saya di atas. 

Baiklah, itu saja, terima kasih dan selamat beramal. Assalamualaikum. :)

Perkhemahan PPIM 2011 Peringkat Sekolah

Objektif


2.1 Mengeratkan persaudaraan sesama ahli Puteri Islam.
2.2 Menambah pengetahuan tentang Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM)
2.3 Mencungkil kreativiti dan bakat kepimpinan ahli-ahli Puteri Islam
2.4 Membimbing-ahli-ahli Puteri Islam menghayati dan mengamalkan rukun-rukun  beragama dan      bermoral.
2.5 Memastikan setiap ahli Puteri Islam bergiat dengan aktif dalam persatuan
2.6 Membina ketrampilan ahli-ahli Puteri Islam 


Penglibatan

60 orang ahli Puteri Islam Sekolah Menengah Kebangsaan King George V dari tingkatan 1 hingga tingkatan 5 




Aktiviti bermain bowling padang.





Penerangan tentang pertolongan kecemasan oleh PBSM.

Aktiviti menggubah bunga menggunakan tisu.

Guru penasihat PPIM bersama Ketua Puteri tahun 2011



Hasil gubahan oleh setiap kumpulan.

Peserta terbaik.